Cara Menukar Pakej Langganan

Sebelum anda ingin tukar pakej, pastikan yang anda tahu bahawa kesemua baki data daripada pakej sebelum ini (jika anda), semuanya terhapus.

Jika pakej sebelum ini masih belum expired lagi dan masih memiliki data internet/call yang belum habis digunakan, ia juga akan terhapus jika anda Unsubscribe pakej tersebut. Maka sangat digalakkan, sebelum menukar pakej, pastikan pakej yg sebelum ini telah pun tamat tempohnya.

1. Masuk kedalam Mywow App.
2. Klik di Usage
3. Klik di Unsubscribe.

– Anda akan menerima SMS mengatakan yang unsubscribe tersebut telah berjaya.

– Anda boleh langgan pakej yang baru selepas itu.

Atau kalau nak guna cara manual ussd,

a. Dail *128#
b. Pilih nombor 1. Tonewow plan.
c. Pilih nombor 6. Unsubscribe internet, voice and sms plan.