1. Pastikan simkad berada ditangan anda.
2. Klik Link WOW-Daftar introducer yang anda dapat dari introducer anda. Lebih mudah jika anda perolehi daripada wasap. Tinggal klik sahaja.
3. Install App Wowdaftar dari Tonewow.
4. Sahkan nama introducer anda, kalau betul teruskan.
Jika nama introducer tidak betul, sila hubungi introducer anda untuk dapatkan Link WOW-Daftar dia yang betul.
5. Scan barcode belakang simkad.
6. Masukkan nombor PUK yang juga terletak dibelakang simkad.
7. Pilih 4 digit nombor dibelakang yang anda minat atau kekal nombor lama.
8. Jika anda ingin kekal nombor lama, masukkan nombor lama dan taliannya (telco). Sebelum itu anda perlu mengetahui syarat2 untuk mengekalkan nombor lama.
9. Tangkap gambar IC. Pastikan cahaya mencukupi, dan kedudukan IC tersebut tidak senget.
10. Ambil gambar selfie. Pastikan muka anda sepenuhnya memasuki line putus2, dan pastikan background dibelakang anda tidak terlalu serabut.
11. Tick kesemua kotak kecil dan submit.
12. Jika anda memilih untuk menggunakan nombor baru, simkad tersebut sudah berjaya diaktifkan. Masukkan sahaja ke dalam hp, simkad sudah boleh digunakan.
13. Jika anda memilih untuk mengekalkan nombor lama, JANGAN masukkan simkad ke dalam hp lagi, kerana simkad tersebut belum boleh digunakan, masih belum aktif lagi. Anda perlu melalui beberapa proses tambahan lagi.