Pelajari Process MNP (Kekal Nombor Lama)

Process MNP ini agak panjang dan sukar, tetapi usaha untuk membantu prospek melakukan MPN amat2 berbaloi, kerana jika MNP ini berjaya, maka biasanya pengguna akan menggunakan simkad tersebut dalam jangka masa yang lama. Maka selama itulah selagi mereka topup, selagi itu anda akan mendapat komisyen.

Oleh itu memahami dan mempelajari proces MNP ini secara terperinci, merupakan satu ilmu yang amat berguna untuk seorang promoter seperti anda.

Proces MNP (Kekal nombor lama)

1: Prospek akan mendaftar simkad mereka menggunakan Link WOW-Daftar anda, dan memilih untuk mengekalkan nombor lama.

2: Selepas prospek selesaikan melakukan pendaftaran diatas tadi, mereka akan menerima satu SMS pengesahan daripada talian lama mereka. SMS pengesahan ini adalah bertujuan untuk mengesahkan yang mereka adalah pemilik sah nombor tersebut.

3: Prospek perlu menjawab dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang diberikan. Tidak boleh melakukan kesalahan walau sedikit. Jika tidak permohonan akan ditolak. Sebagai introducer, anda perlu memahami process ini secara mendalam.

4: Selepas prospek menjawab SMS Pengesahan dengan betul, biasanya ia mengambil 24 – 48 jam untuk pertukaran talian berlaku. Biasanya dalam tempoh tersebut talian lama anda seperti Maxis, TuneTalk, Umobila, Celcom akan menghubungi anda dan membuat berbagai-bagai tawaran untuk mengelakkan anda dari berpindah ke talian Tonewow. Sila beritahu mereka yang anda telah membuat keputusan untuk berpindah ke Tonewow.

5: Selepas propek menjawab SMS Pengesahan dengan betul, apabila telefon mereka tiada line, itu menandakan yang permohonan kekal nombor lama sudah berjaya. Propek boleh keluarkan simkad lama tersebut, dan masukkan simkad Tonewow kedalam handphone. Propek akan dapati simkad tersebut telah pun menggunakan nombor telefon lama mereka.

6: Jika selepas 48 jam, prospek masih tidak dapat SMS Pengesahan dari telco mereka, besar kemungkinan yang prospek bukan pemilik nombor tersebut. Nombor tersebut dahulu didaftarkan bukan menggunakan IC mereka, IC orang lain. Jika ini berlaku, prospek tidak lagi boleh untuk mengekalkan nombor lam mereka. Mereka hanya boleh menggunakan nombor baru sahaja.

7: Jika permohonan anda gagal disebabkan anda tidak menjawab SMS Pengesahan tersebut dalam waktu yg ditetapkan atau jawapan anda salah kerana tidak mengikuti format yg mereka kehendaki, prospek akan menghubungi semula anda (sebagai introducer mereka) untuk applykan semula permohonan MNP tanpa perlu propek melalui proses pendaftaran dari mula.