Produk dan Kelebihan

Produk yang dipasarkankan oleh TONE GROUP adalah simkad prepaid untuk kegunaan di telefon bimbit atau router wifi. Simkad ini dipanggil Simkad TONE WOW. Ia sejenis prepaid, dan tidak menggunakan line (jenis bayaran bil).

Simkad TONE WOW menggunakan line daripada Digi. Jadi dimana ada line Digi disitu ada line TONE WOW. Jika tiada line Digi, maka tiadalah line TONE WOW.

Topup (tambah nilai) untuk simkad TONE WOW ini menggunakan topup Digi. Maka anda boleh dapatkan topup Digi dimana2 jua kedai yg menjual topup, termasuk melalui online banking.

Untuk kemudahan pengguna, TONE WOW menyediakan berbagai jenis langganan pakej internet untuk disesuaikan dengan penggunaan pengguna.

Satu kelebihan yang terdapat sebagai pengguna simkad Tonewow ini, data internet high speed yang anda langgan melalui pakej2 yang diberikan, sekiranya data tersebut tidak habis, maka ia akan di carry-forward kebulan hadapannya.

Tonewow juga ada menyediakan pakej yang amat menjimatkan dipanggil Pakej Roaming AntaraBangsa. Hanya dengan RM128 sahaja, pengguna dapat menggunakan pakej ini selama sebulan semasa diluar negara.

Negara yang diliputi adalah Albania, Argentina, Australia, Austria, Bangladesh, Belarus, Belgium, Brunei, Bulgaria, Cambodia, Canada, China, Croatia, Czech Republic, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Italy, Japan, Jersey, Kazakhstan, Kuwait, Laos, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Macao, Macedonia, Moldova, Montenegro, Myanmar, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Philippines, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Saudi Arabia, Serbia, Singapore, Slovak Republic, Slovenia, South Korea, Spain, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turkey, Ukraine, United Arab Emirates, United Kingdom, Uruguay, USA & Vietnam.

Dengan simkad TONE WOW ini anda boleh mendaftar dengan menggunakan nombor baru atau anda juga boleh mengekalkan nombor yang anda gunakan sekarang.

Ini bermakna nombor lama anda kekal, tetapi yang berubah hanyalah talian telko sahaja. Kalau dahulu anda topup menggunakan Maxis contohnya, sekarang anda perlu topup menggunakan topup Digi pula. Dengan ini ia tidak mengganggu penggunaan wasap, facebook dan lain2 social media.

TONE GROUP juga memberikan berbagai jenis benefit kepada pengguna simkad TONE WOW ini, diantaranya bantuan khairat kematian sehingga RM500 dan juga insuran kemalangan sehingga RM50,000.