Semak Status Permohonan MNP

Anda sebagai introducer perlu tahu untuk menyemak status permohonan MNP prospek anda.

1. Masuk kedalam WOW-Daftar Apps. (Bukan MyWOW ya).

2. Klik di Log Masuk Ahli

3. Klik di STATUT KEKAL NO.LAMA

  1. Masukkan no lama prospek anda tersebut.

    5. Nanti akan keluar samada permohonan tersebut reject, pending atau completed. Anda sebagai introducer, anda boleh checkkan status MNP untuk prospek anda, tetapi prospek tidak boleh check status MNP mereka sendiri.

    6. Untuk yang reject, akan keluar satu button untuk re-submit atau hantar semula. Tetapi tidak semua reject boleh terus submit semula. Anda sebagai introducer perlu faham dahulu reject code yang keluar sebelum anda tekan butang re-submit. Contohnya kalau reject yang keluar adalah disebabkan oleh salah IC, kalau anda re-submit permohonan itu 1000x pun tak guna, sebab ia tetap akan reject.

    Belajar dan fahami dahulu tentang reject code yang berlaku, barulah anda boleh menasihati prospek untuk mengambil tindakkan yang betul bagi memperbaiki kesalahan yang berlaku.

Senarai Rejection Code MNP:

SP10, SP11, SP12 atau SP13: Nombor Kad pengenalan salah. Penerangan: Reject ini bermakna nombor yang ingin dikekalkan bukan menggunakan IC dia dahulu semasa pendaftaran. Kes ini memang tak boleh diselesaikan kerana itu bukan nombor dia punya. Mungkin dia yang pakai nombor tersebut, tetapi didaftarkan menggunakan IC orang lain. Tindakan: Introducer hanya boleh nasihatkan prospek, untuk melakukan sendiri proces pendaftaran semula, dengan klik link WOW-Daftar dan pilih nombor baru. SP52 – Mempunyai akaun tertunggak. Penerangan: Reject ini disebabkan pengguna tersebut masih ada hutang lagi yang belum dijelaskan. Contohnya kalau dia pakai bil, ada bil yg belum dibayar lagi. Kalau prepaid, kan kadang2 mereka boleh hutang dahulu utk dapatkan kredit, contohnya tambahan kredit untuk RM5 ke, RM10 ke. Jadi kalau masih hutang lagi, hutang tersebut kena selesaikan dahulu.

Tindakan: Sekiranya prospek telah menyelesaikan hutang, introducer boleh tolong memohonkan semula permohonan MNP mereka dengan masuk ke dalam WOW-Daftar App, Status Kekal Nombor Lama, Re-submit. SP54 – Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar. Penerangan: Reject ini disebabkan salah letak telco. Contohnya nombor lama tu daftar dengan celcom, tapi kita letak di dibawah maxis. Sure kena reject punya. Tindakan: Introducer boleh ingatkan kepada prospek untuk mendaftar semula daripada awal, dan pastikan dia memasukkan telco yang betul.

SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line). Penerangan: Reject ini disebabkan pengguna tu gunakan bil. Lepas tu dalam satu bil tu dia ada juga daftarkan orang line. Jadi pengguna tersebut kena pecahkan dahulu untuk jadikan satu bil ada satu nama sahaja. Tak boleh ada supplementary. Lepas tu baru mohon semula. Tindakan: Beritahu prospek untuk pergi ke center telco mereka dan mohon untuk pisahkan nombor tersebut menjadi individual bill. Selepas berjaya memisahkan nombor tersebut, barulah prospek mendaftar semula simkad Tonewow daripada awal.

SP58 – Pengguna hanya sebagai pengguna tambahan dalam bil. Penerangan: Reject ini disebabkan pengguna akan pengguna tambahan didalam bil. Jadi dia kena pergi ke telco dia, dan pecahkan menggunakan satu nama sahaja untuk bil dia. Lepas tu baru mohon semula. Tindakan: Sama dengan SP56. Prospek untuk pergi ke center telco mereka dan mohon untuk pisahkan nombor tersebut menjadi individual bill. Selepas berjaya memisahkan nombor tersebut, barulah prospek mendaftar semula simkad Tonewow daripada awal.

SP71 – User TIDAK atau LAMBAT membalas sms pengesahan. Penerangan: Reject ini disebabkan pengguna lambat membalas SMS dari telco lama mereka. Setiap SMS pengesahan ini ada masa2 yang ditetapkan untuk membalasnya. Jadi kalau terlambat reply, error code ini akan keluar. Kalau kes macam ni anda boleh terus mohon semula. Tindakan: Anda sebagai introducer boleh masuk kedalam WOWDaftar dan re-submit semula permohonan MNP mereka.

SP72 – Pengguna menjawab TIDAK/NO. Penerangan: Reject ini disebabkan pengguna menjawab NO atau TIDAK semasa menjawab SMS pengesahan. Tindakan: Anda sebagai introducer boleh masuk kedalam WOWDaftar dan re-submit semula permohonan MNP mereka. Pesan pada mereka, lepas ni bila SMS Pengesahan masuk dalam SMS mereka, janganlah menjawab Tidak/No. Jawab seperti yang diajarkan.